Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

9 mengaku bergaduh


15/7
SHAH ALAM: Empat beradik dan lima rakan yang terbabit dalam pergaduhan ala samseng di Kajang tiga tahun lalu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan terbabit dalam perhimpunan haram dan menyebabkan kematian bapa saudara mereka, di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Empat beradik itu, T C Letchumanan, 31, bekerja sebagai pengutip hutang; Rajanderan dan Raja Segaran, masing-masing berusia 26 tahun, tukang cuci kereta dan Anan Babu, 25, penjual barangan kraf.
Rakan yang juga saudara mereka adalah K Bagavathy, 22, penjual barangan hiasan; A Poovendren, 21, tukang cuci kereta; S Kumaraselvam, 22, pelayan; V Arvindran, 24, penjual kad kredit dan G James, 23, penjual bunga.
Mereka didakwa menyebabkan kematian R Phraphukumar yang juga majikan mereka di depan restoran Triple 8 Corner, Jalan SP 2, Taman Segar Perdana, Kajang dekat sini, pada tengah malam, 3 Mac 2007.
Bagi perbuatan itu, mereka mengaku salah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Namun, nasib mereka baik kerana terlepas daripada hukuman mati mandatori mengikut tuduhan asal membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid, menangguhkan sehingga Isnin depan sebagai tarikh keputusan kes itu. Empat beradik itu diwakili peguam bela, Roy Angau Ginkoi, manakala tertuduh lain diwakili K A Ramu, J T Sambanthan dan P Krishnan.
Terdahulu, ketika rayuan terhadap hukuman, Roy berkata kejadian itu berpunca tindakan Phraphukumar dikatakan mencabul seorang adik tertuduh dengan cara memeluk dan menciumnya.
Katanya, berikutan kejadian itu, seorang daripada tertuduh datang ke tempat kejadian itu dan meminta si mati memohon maaf atas perbuatannya kerana mencabul anak saudara sendiri.
Namun, si mati enggan berbuat demikian dan bertindak menghalau, menolak dan menampar Anan Babu.
Sepantas kilat, semua tertuduh mengerumuni si mati diikuti pergelutan menyaksikan tertuduh melarikan diri.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment