Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

47 maut akibat bencana alam di Bangladesh




BAZAR COX - Sekurang-kurangnya 47 penduduk maut dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh yang diakibatkan hujan lebat, di tenggara Bangladesh. 

Pegawai kerajaan Bangladesh, Giasuddin Ahmed berkata, bencana itu berlaku di dua kawasan di persisiran pantai selatan, kira-kira 300 kilometer dari Dhaka. 

Katanya, 19 mayat ditemui di Bazar Cox manakala 14 lagi ditemui di Teknaf, berhampiran sempadan Myanmar. 

Tanah runtuh turut mengorbankan empat sekeluarga manakala banjir lumpur mengorbankan seorang wanita berumur 32 tahun. 

Di Ramu, sekurang-kurangnya 7 tentera yang berlindung di dalam khemah dilaporkan hilang dan usaha mencari masih dijalankan. 

Jumlah sebenar penduduk yang terkorban belum dapat dipastikan manakala hujan lebat serta jalan yang runtuh menyukarkan usaha mencari dan menyelamat.

No comments:

Post a Comment