Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

Warga emas disamun, bunuh



BATU PAHAT 8 Mei - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai disamun sebelum dibunuh di tingkat atas kedai peralatan sembahyang miliknya di Jalan Jenang di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Adnan Azizon berkata, mayat mangsa ditemui oleh adiknya kira-kira pukul 9 pagi dengan kesan luka akibat senjata tajam di kepala dan badan.
"Mangsa yang berusia lingkungan 60-an masih bujang dan tinggal seorang diri di bangunan kedai dua tingkat ini.
"Siasatan awal mendapati, kejadian ini mungkin bermotifkan rompakan berdasarkan keadaan almari mangsa telah diselongkar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Adnan berkata, tiada kesan pecah masuk ditemui dan pihaknya turut mendapatkan bantuan unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan unit anjing pengesan (K9) dari Segamat untuk membantu siasatan.
Kes ini, katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Mingguan Malaysia difahamkan, mangsa bernama Teo Chai Liang telah berniaga di kedai tersebut antara tiga hingga empat tahun dan terkenal di kalangan peniaga-peniaga sekitar sebagai seorang yang baik hati dan mempunyai ramai kawan.

No comments:

Post a Comment