Search This Blog

Sunday, May 30, 2010

TONG GAS MELETUP DALAM TEROWONG RAGUT 6 MANGSA DI GAZA



30/05/2010 2:54am

GAZA 30 Mei - Enam rakyat Palestin terkorban apabila sebuah balang gas memasak meletup dalam terowong bawah tanah sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir semalam, kata para doktor di hospital Rafah.
Para saksi berkata, pasukan penyelamat dan ambulans yang dikejarkan ke tempat kejadian telah membawa keluar dua mayat dan tiga mangsa yang cedera. Manakala empat lagi masih hilang.
Pasukan perubatan berkata, empat daripada mereka ditemui mati dalam terowong tersebut.
Penduduk Palestin terpaksa membina beratus buah terowong bawah tanah sejak rejim Israel mengepung Semenanjung Gaza sebaik Kerajaan Hamas menguasainya pada tahun 2007.
Rejim Israel melarang sebarang keperluan berkualiti, termasuk makanan, minuman bertenaga, petrol dan generator elektrik di bawa masuk ke Semenanjung Gaza.
Malah rejim zionis itu mendakwa rakyat Palestin mengguna terowong bawah tanah untuk menyeludup senjatapi dan amunisi kepada kumpulan pejuang di Gaza. - Agensi

No comments:

Post a Comment