Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Terbuang tiket hadiah RM2.4 juta



TIKET yang diperlukan untuk memenangi RM2.44 juta.


YORK, England - Seorang penuntut sebuah universiti yang mengikuti pengajian doktor falsafah di Britain, Richard Newman kempunan setelah dia membuang sekeping kad kemenangan satu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak £500,000 (RM2.44 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Newman, 35, dari Sheffield, South York di sini bersama teman wanitanya, Chloe Gray mendapat satu kad pelekat permainan Monopoly untuk sebatang jalan Mayfair bagi satu peraduan Easy Win Monopoly selepas mereka membeli makanan segera di sebuah restoran McDonald's baru-baru ini.
Kekasih penuntut itu kemudian melekatkan kad tersebut pada kereta Toyota Corolla yang dipandu teman lelakinya itu.
Namun, apa yang menjadikan nasib penuntut itu malang ialah dia menanggalkan kad berkenaan dan membuang ke dalam sebuah tong sampah ketika mencuci keretanya.
Dua minggu selepas itu, pasangan tersebut menyedari kesilapan mereka apabila penuntut berkenaan pergi semula ke restoran yang sama dan memperoleh sekeping lagi kad pelekat permainanMonopoly untuk jalan Park Lane.
Chloe yang cuba mendapatkan maklumat menerusi Internet kemudian terkejut apabila mendapati dua kad yang mereka peroleh itu sebenarnya pemenang pertandingan tersebut.
Namun, mereka kehilangan satu kad pelekat menyebabkan mereka tidak layak untuk memenangi pertandingan itu yang memerlukan dua kad pelekat.
Jurucakap McDonald's berkata, pihaknya amat bersimpati dengan nasib pasangan tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana peraduan itu memerlukan peserta menunjukkan mereka memiliki dua kad pelekat.
- Agensi

No comments:

Post a Comment