Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Teman wanita diacu senapang





ZAHARI Mohamed menunjukkan bakakuk atau senapang buatan sendiri yang dirampas daripada seorang pemuda di tempat letak kereta di Hospital Keningau, Sabah, semalam.


KENINGAU 10 Mei – Seorang lelaki menerima padah apabila ditahan gara-gara mengacukan senapang buatan sendiri terhadap teman wanitanya, semasa sedang mabuk, malam tadi.
Suspek berusia 28 tahun dan berasal dari Kampung Longgom Kecil, Kudat, itu ditahan pada pukul 8.30 malam di tempat letak kereta Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, suspek disyaki mengacukan senapang itu ketika sedang memandu kereta.
“Ketika kejadian itu teman wanitanya sedang berada di sebelah tempat duduk pemandu... mangsa kemudian membuat laporan polis.
“Suspek dipercayai mabuk selepas baru pulang dari Pesta Kaamatan di sebuah kampung di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelasnya, hasil pemeriksaan, polis menemui senjata berkenaan yang disorokkan di bawah kerusi tempat duduk penumpang hadapan kereta.
Suspek katanya, kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa lesen.
Katanya, jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment