Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Serbu warga asing leka tonton Piala Thomas

AMPANG JAYA: Leka menyaksikan perlawanan Piala Thomas, sekumpulan warga asing langsung tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa menyerbu kawasan mereka berkumpul di sebuah kedai makan di Pandan Mewah, malam kelmarin.
Namun sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, warga asing berkenaan tiba-tiba panik dan melarikan diri, tetapi gagal berikutan kawasan itu dikepung pihak berkuasa.
Operasi membanteras pendatang asing tanpa izin di kawasan itu bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir beberapa jam kemudian.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ampang Jaya, Deputi Superintendan Nordin Mahmud berkata lokasi berkenaan dipilih berdasarkan maklumat awam.

“Kawasan berkenaan didakwa orang awam sering dijadikan pusat berkumpul warga asing diragui statusnya,” katanya.

Nordin berkata, dalam operasi itu, 129 warga asing berusia 20 hingga 40-an ditahan dan rata-rata terdiri warga Indonesia, India, Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

No comments:

Post a Comment