Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

Sarang baru judi lumpuh



SUBANG JAYA – Tiga premis perjudian bertopengkan pusat kafe siber yang baru sahaja ‘hidup’ terpaksa menerima hakikat operasi mereka dilumpuhkan selepas diserbu pihak berkuasa. 

Difahamkan, kewujudan pusat menyediakan perkhidmatan judi secara online itu disedari penduduk setempat sebelum aktiviti itu diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya menyerbu tiga premis siber kafe tidak bernama di Batu 3. 

“Operasi dijalankan setelah menerima maklumat daripada orang awam yang tinggal di kawasan penempatan baru tersebut. 

“Kawasan penempatan ini cuba dijadikan sarang perjudian dan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati lima lagi premis pusat siber berunsur perjudian beroperasi di kawasan itu,”katanya dalam operasi dijalankan bersama 18 orang anggota penguatkuasa MPSJ. 

Beliau berkata, dalam operasi itu pihaknya berjaya menyita 48 set peralatan komputer berunsur perjudian. 

“Kesemua premis ini ditutup dan disita di bawah Undang-undang Kecil 3 Undang-undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ dan boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM 1,00,”katanya.

No comments:

Post a Comment