Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Saiful dakwa doktor bohong



KUALA LUMPUR – Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa, doktor di Hospital Pusrawi, di sini berbohong semasa menulis laporan kononnya dia mengadu duburnya cedera akibat tusukan alat plastik. 

Mohd Saiful, 25, berkata, keterangan pada laporan perubatan Dr Mohd Osman Abdul Hamid tidak benar kerana dia tidak pernah memberitahu demikian kepada doktor itu. 

“Dia bohong; itu tidak benar,” kata Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, semasa sesi soal balas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, yang merujuk kepada laporan pemeriksaan Mohd Saiful di hospital itu pada 28 Jun 2008. 

Menurut laporan perubatan itu, Mohd Saiful dikatakan memberitahu Mohd Osman yang melakukan pemeriksaan bahawa duburnya ditusuk menggunakan alat plastik. 

Karpal :: Doktor ini akan beri keterangan. Adakah kamu masih berpegang terhadap penafian kamu ini? 

Mohd Saiful :: Ya, saya tidak pernah membuat aduan ini kepada doktor itu. 

Karpal : :Adakah kamu katakan doktor itu bohong? 

Mohd Saiful :: Tak pasti. 

Karpal :: Bohong? 

Mohd Saiful:: Dia bohong. Tidak benar. 

Terdahulu, Mohd Saiful berkata, dia pada mulanya memberitahu Mohd Osman mengenai sakit dubur dan perut tetapi semasa diperiksa, dia berterus terang mendedahkan bahawa dia diliwat. 

Karpal turut menyoal Mohd Saiful mengenai laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang tidak menemui sebarang kesan penetrasi (akibat liwat) pada duburnya seperti didakwa. 

Mohd Saiful tidak memberikan sebarang komen terhadap laporan itu. 

Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, dia bukan seorang yang boleh menyimpulkan laporan perubatan itu kerana tidak boleh melihat duburnya sendiri, selain tidak diberitahu mengenai pemeriksaan rapi itu. 

Menurutnya, pada 28 Jun 2008, polis mengambil kenyataannya beberapa kali. 

Mohd Saiful mendakwa diliwat Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. 

Karpal bertanya sama ada Mohd Saiful merasa sakit semasa diliwat. 

No comments:

Post a Comment