Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Polis usaha kesan ibu bayi



PUTRAJAYA 5 Mei - Polis masih berusaha mengesan suspek yang tidak bertanggungjawab meninggalkan seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu, Sepang semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan sebarang tangkapan masih belum dapat dilakukan.
Bagaimanapun, beliau berkata, usaha untuk mengenal pasti keturunan bayi itu masih terlalu awal memandangkan usianya baru sekitar sebulan.
"Sehingga kini masih belum ada saksi yang tampil atau pun menghubungi pihak polis untuk memberikan maklumat berhubung kes pembuangan bayi ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut perlu segera menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222 bagi membantu menyelesaikan kes ini dan menjejaki suspek," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zahedi memberitahu, bayi malang itu masih lagi ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang untuk tujuan pemeriksaan kesihatan dan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Bayi lelaki malang itu sihat dan tidak mengalami sebarang tanda kecederaan pada tubuhnya," katanya.

No comments:

Post a Comment