Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

Polis minta waris tuntut mayat lelaki bertatu di Tumpat, Kelantan



09/05/2010 1:23pm

TUMPAT 9 Mei — Polis meminta waris seorang lelaki bertatu yang ditemui mati terdampar dipercayai lemas di tepi pantai Geting di sini empat hari lalu agar menuntut mayat itu yang masih berada di Hospital Kelaboran di sini.
Ketua Siasatan Jenayah Tumpat, ASP Mohd Azmi Mohd Ali berkata, melalui imbasan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lelaki itu dikenal pasti sebagai Quek Kooi Satt @ Koh Fooi Satt, berumur 57 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, Selangor.
"Nombor Mykad mangsa pula ialah 530301-01-5147 atau kad pengenalan lamanya 4440988.
"Melalui siasatan JPN juga mengenal pasti alamat terakhir mangsa iaitu di Blok G, 401 Aaprtment Harmoni, 55 Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, Petaling jaya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya waris atau sesiapa yang mengenali mangsa agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 atau menghubungi Pegawai penyiasat Sarjan Mejar, Hassan Ismail di talian 013-6256650.
Mayat seorang lelaki yang hanya berseluar dalam dan mempunyai tatu ditemui terdampar di tepi pantai dekat Pantai Geting, di sini.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Khalid Munap berkata lelaki bertatu itu berkulit cerah, berambut pendek dan memiliki tatu bergambar ular di bahagian lengan kanan dan tatu lambang bunga teratai di bahagian bawah tengkuk. - Bernama

No comments:

Post a Comment