Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Perintah mufarakah anak Sudin Ajaib kekal



KOTA BHARU 5 Mei – Mahkamah Rendah Syariah di sini terus mengekalkan perintah mufarakah yang dikeluarkan terhadap anak perempuan Shamsuddin Che Deraman, 41, atau Sudin Ajaib berusia 11 tahun dengan pasangannya yang dikenali sebagai Azhar.
Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan yang memutuskan demikian di kamar beliau hari ini menetapkan perintah mufarakah tersebut dikekalkan terhadap Nur Hadhirah dan Azhar sehingga perintah lain yang dibuat pada masa hadapan.
Perintah tersebut mengarahkan pasangan berkenaan yang dinikahkan oleh Sudin Ajaib dipisahkan sebagai suami isteri kerana pernikahan mereka diragui kesahihannya mengikut hukum syarak.
Hakim turut memerintahkan Nur Hadhirah diletakkan di bawah jagaan bapa saudaranya, Zakaria Abdul Rahman, 67, dan melarang Sudin Ajaib memisahkan kanak-kanak tersebut daripada Zakaria dengan apa cara sekalipun sehingga perintah lain dibuat.
Nik Najib menetapkan 28 Jun ini sebagai tarikh pihak pendakwa mengemukakan pertuduhan bagi kes tersebut.
Terdahulu, Penolong Pegawai Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Aznan Hamat memberitahu, Nur Hadhirah ketika disoal siasat menyatakan dia telah dikahwinkan oleh bapanya di dalam sebuah kereta.
‘‘Perkahwinan itu dilakukan pada pukul 6 petang, 18 Februari lalu ketika dalam perjalanan dari Jelawat, Bachok ke Kota Bharu dengan mas kahwin sebanyak RM100,” katanya.

No comments:

Post a Comment