Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

Penternak babi haram diminta dikenakan kompaun RM250 sehari



IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman kompaun RM250 sehari terhadap penternak babi haram yang diperintahkan memindahkan ternakan mereka, kata Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat berikutan penternak haram berkenaan masih enggan memindahkan perniagaan masing-masing walaupun telah mengaku bersalah di mahkamah dan membayar denda sebanyak RM2,000 kerana kesalahan itu.

"Kerana denda yang dikenakan nilai yang terlalu kecil...mereka sanggup membayar denda dan meneruskan perniagaan walaupun beroperasi tanpa lesen.

Kompaun RM250 sehari itu akan dikira dari hari mereka dikenakan hukuman mahkamah sebelum ini...sekiranya setahun kompaun itu akan dinilai berdasarkan 365 hari dan tiada pengecualian," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun Batu 10 di Chepor di sini, hari ini.

Beliau berkata, penternak babi haram terbabit sebenarnya terlalu mengira untung dan tidak menghormati masyarakat setempat serta memperkecilkan undang-undang sedia ada.

Katanya keuntungan yang terlalu banyak daripada perniagaan itu membuatkan mereka sanggup membayar denda yang dikenakan.

Lima lagi penternak babi haram akan dihadapkan ke mahkamah pada bulan depan kerana menjalankan perniagaan itu tanpa lesen, katanya.

No comments:

Post a Comment