Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Penoreh ditetak depan keluarga



Oleh Paya Linda Yahya
bhkb@bharian.com.my
2010/05/06

SALMAH menunjukkan serpihan kaca yang dikutip selepas serangan di rumahnya di Bachok, semalam.
SALMAH menunjukkan serpihan kaca yang dikutip selepas serangan di rumahnya di Bachok, semalam.
Mangsa diseret dalam hutan gelam

BACHOK: Seorang penoreh parah diserang sekumpulan lelaki di depan isteri dan anak-anaknya, sebelum mangsa yang berlumuran darah diseret dan dibuang dalam hutan pokok gelam dekat Beris di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam di Kampung Bukit Hanyut dekat Gunong itu, mangsa Wan Noor Wan Hussain, 55, cedera parah di kepala serta belakang, dan kini masih dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Isteri mangsa, Salmah Abdullah, 27, berkata serangan terhadap suaminya itu sungguh menakutkan kerana kejadian berlaku di depan mata beliau dan dua anaknya yang baru berusia lima dan tujuh tahun.

"Sebelum serangan itu, saya dan suami sedang menidurkan dua anak lelaki kami. Beberapa lelaki memberi salam dan meminta suami keluar bertemu mereka.

"Curiga dengan kehadiran kumpulan lelaki terbabit, suami saya enggan keluar dari rumah. Berikutan itu, mereka menceroboh masuk rumah kami sebelum membaling bata ke dada suami saya menyebabkan dia terjatuh.

"Serentak itu juga, kumpulan lelaki terbabit bertindak memukulnya, termasuk menetaknya dengan senjata tajam. Rayuan suami saya supaya tidak dipukul langsung tidak dipedulikan mereka," katanya yang hanya mampu berdoa agar dia dan anak-anak tidak diapa-apakan kumpulan samseng terbabit.
Salmah berkata, dalam keadaan cemas itu, beliau terdengar kata-kata di kalangan lelaki terbabit mahu membakar rumah mereka, menyebabkan dia membawa anak-anaknya keluar menerusi pintu dapur ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Yahya Saleh, ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Katanya selepas dipukul, tangan suaminya diikat sebelum ditarik ke sebuah kenderaan yang sedang menanti di tepi jalan.

No comments:

Post a Comment