Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Penjaga pintu gereja dalang sindiket seludup dadah ke Itali

ROME: Polis Itali mendakwa penyeludup dadah menyamar sebagai pengunjung gereja demi menyeludup kokain.
Penyeludupan itu didakwa dikendalikan oleh seorang penjaga pintu gereja.
Polis mendakwa biarawati di gereja Piacenza, utara Itali itu tidak mengetahui mengenai kegiatan sindiket itu dan terkejut apabila penjaga pintu warga Amerika Latin itu ditahan semalam.

Lebih 30 suspek ditahan, termasuk dua anggota sindiket jenayah Calabrian ’ndrangheta yang bertanggungjawab mengimport kokain dari sindiket dadah Colombia.

Polis turut merampas 30 kilogram kokain tulin. - AP

No comments:

Post a Comment