Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Pelajar mengalami keracunan makanan setelah nikmati ikan dan air asam



ALOR SETAR- Seramai 30 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah yang mengalami keracunan makanan dimasukkan ke wad pesakit luar Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar (KKDKS) selepas berasa sakit perut dan mual.

Seorang pelajar tingkatan dua ditemui berkata, dia dan pelajar lain dari tingkatan satu hingga lima menikmati hidangan makan malam nasi bersama ikan yang dicicah dengan air asam pada petang hari Selasa lalu.

Menurutnya, selepas kesakitan dan mual, terus memaklumkan kepada penjaga asrama yang membawa mereka bagi mendapatkan rawatan di KKDKS dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

No comments:

Post a Comment