Search This Blog

Monday, May 31, 2010

Pekerja am maut dipukul



KOTA KINABALU 30 Mei - Akibat tertinggal bas, Jasrin Damat, 29, tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa tidur di kaki lima sebuah kedai di kawasan perniagaan, Kampung Air di sini.
Bagaimanapun tindakannya itu tidak menyebelahinya apabila dia menemui ajal selepas parah dipukul di kepala dalam satu pergaduhan awal pagi ini.
Lebih menyedihkan, pergaduhan yang meragut nyawa pekerja am itu hanya disebabkan tuduh-menuduh akibat kehilangan telefon bimbit.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Rowell Marung berkata, ketika polis sampai ke tempat kejadian, mangsa sudah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku ekoran salah faham antara mangsa dan seorang lelaki yang juga tidur di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rowell berkata, mangsa bersama abang ipar dan dua rakannya terpaksa tidur di kaki lima di kawasan Kampung Air kerana ketiadaan bas untuk pulang ke rumah mereka di Taman Keramat, Likas di sini.
Katanya, namun ketika bangun tidur pagi tadi, mangsa mendapati telefon bimbitnya tiada.
"Berlaku tuduh-menuduh antara mangsa dan suspek yang kebetulan berada di tempat yang sama, sebelum berlaku pergaduhan," ujarnya.
Beliau berkata, suspek yang merupakan bekas banduan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, untuk bedah siasat.
habis

No comments:

Post a Comment