Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Pasukan khas siasat insiden peluru sesat



11/05/2010 6:16pm

KUALA LUMPUR — Polis Selangor telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang penduduk cedera akibat terkena peluru sesat dalam satu kejadian amuk di Kuala Selangor, dua hari lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata pasukan khas, yang diketuai oleh seorang pegawai kanan, akan melihat dari semua aspek termasuk sama ada langkah keselamatan diambil oleh anggota polis yang melepaskan tembakan.
Katanya empat anggota polis yang terbabit dalam insiden itu hanya menjalankan tugas dan tiada sebab untuk menggantungkan kerja mereka.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku tetapi ini bukan perkara yang boleh dipolitikkan atau membuat andaian sehingga menganggu siasatan serta menanam sikap benci orang awam terhadap polis,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat S. Surentiran, 22, yang terkena tembakan peluru sesat di bahagian dada kiri, di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment