Search This Blog

Monday, May 31, 2010

Padah skodeng tandas wanita




KUALA TERENGGANU – Hobi pelik seorang lelaki yang dikatakan gemar mengintai wanita di tandas sebuah stesen minyak di Pengadang Baru, di sini, membawa padah, apabila dia ditangkap orang ramai, malam kelmarin. 

Berikutan kejadian itu, mangsa dilaporkan cedera pada bahagian muka dan badan manakala baju dipakainya dibasahi darah akibat dipukul orang ramai yang geram dengan hobi skodengnya itu. 

Seorang pekerja stesen minyak tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Ery berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika dia sedang bekerja. 

“Tiba-tiba saya dengar bunyi bising pada baha gian belakang berhampiran tandas, ingatkan budak-budak motosikal bergaduh, apabila pergi, saya nampak orang ramai mengerumuni seorang lelaki.

“Rupa-rupanya lelaki itu ditangkap kerana me ngintai di tandas wanita manakala muka dan bajunya dibasahi darah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, orang ramai kemudian menyerahkan lelaki terbabit kepada polis dalam keadaan cedera kira-kira jam 11.30 malam.

Sementara itu, seorang lagi pekerja, Azuwati Mohd Yusof, 26, berkata, kejadian skodeng memang kerap kali berlaku di tandas stesen minyak itu dan ia dipercayai dilakukan orang sama. 

“Kita pernah buat laporan dan polis ada buat pemantauan serta memberi amaran kepada suspek. Namun saya difahamkan mereka tidak dapat tangkap sebab tidak ada bukti dia melakukan perbuatan itu,” katanya.

Menurutnya, suspek biasanya memulakan kerja tidak senonoh itu bermula jam 9 malam dengan memasuki tandas duduk lalu mengintai tandas di sebelahnya apabila ada wanita menggunakannya.

Keadaan itu kata Azuwati, menyebabkan dia dan rakan sekerja wanita lain tidak berani menggunakan tandas pada waktu malam kerana bimbang menjadi mangsa suspek yang datang menaiki Perodua Kancil itu.

“Dia bukan sahaja mengintai, malah mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan kami banyak menerima aduan daripada pelanggan, namun tidak dapat menangkapnya kerana tidak ada bukti,” katanya.

No comments:

Post a Comment