Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Padah cuba rasuah polis

KUALA LANGAT: Seorang lelaki yang cuba merasuah seorang pegawai polis dengan memberikan wang RM3,000 untuk membebaskan rakannya menerima padah apabila dia ditahan anggota polis terbabit di sini, Ahad lalu.
Lelaki warga tempatan berusia 43 tahun dan disyaki ‘runner’ datang bertemu dengan pegawai itu supaya membebaskan dua lelaki tempatan dan sembilan warga Afghanistan yang ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya, berhampiran sebuah sekolah, Sungai Manggis, Banting di sini, kira-kira 30 minit sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata suspek cuba memberi wang tunai kepada pegawai itu supaya membebaskan tahanan dan akan memberikan habuan lebih besar sekiranya semua mereka dibebaskan.

“Berikutan itu, polis menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment