Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Nenek dibelasah penyamun



JITRA- Seorang warga emas dibelasah oleh penyamun walaupun merayu agar tidak dipukul dalam satu kejadian samun pagi semalam.

Mangsa Fatimah Mahmud, 72, yang bersendirian semasa kejadian itu telah didatangi oleh seorang lelaki yang bertindak menutup matanya dengan langsir sebelum dibelasah.

“Makcik merayu-rayu agar tidak dilakukan sedemikian. Dalam keadaan mata makcik ditutup dengan kain, lelaki itu telah menumbuk dan menendang tanpa simpati.

“Rantai leher telah direntapnya dan dua utas rantai tangan juga telah disambar kejam. Pencuri itu juga turut memijak paha dan memendang beberapa kali di mana masa itu mak cik sudah terlantar di lantai,” katanya.

Fartimah berkata, beliau masih trauma dengan kejadian tersebut turut mengalami kerugian mencecah RM20,000 yang mana semua barang kemas yang telah dicuri lelaki tersebut merupakan koleksi kesayangannya, warisan tinggalan keluarga.

No comments:

Post a Comment