Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Negara rugi RM1 bilion produk makanan laut





2010/05/06

KUALA LUMPUR: Negara kehilangan hampir RM 1 bilion daripada pasaran produk hasil makanan laut selepas Kesatuan Eropah (EU) menguatkuasakan larangan eksport ke negara anggotanya sejak 2008 apabila pengeluar dan pemproses gagal memenuhi piawaian ISO IEC 17025 ditetapkan EU. 

Yayasan Ekonomi Sejagat (Yes) melaporkan industri makanan laut negara rugi RM600 juta pada 2008 manakala RM 400 juta lagi tahun lalu yang dianggap kehilangan yang perlu diatasi segera.
Pengerusi Lembaga Pengarah Yes, Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff, berkata Pusat Teknikal (PT) akan ditubuhkan oleh Yes dan Pembangunan Buku Hijau Holdings Sdn Bhd (PBHH) sebagai pusat rujukan untuk pengeluar dan pengusaha mendapatkan maklumat mengenai piawaian makanan laut ditetapkan.

Katanya, menerusi PT, pengeluar dan pemproses makanan laut boleh menghantar sampel produk masing-masing untuk dikaji tahap kualitinya termasuk cara ia ditangkap, saiz dan usia hasil lautan, kebersihan dan sebagainya seperti ditetapkan oleh standard ISO IEC 17025. 

“Penubuhan pusat berkenaan sebagai langkah awal hasil perjanjian dimeterai di Brussesl, Belgium antara Yes dan PBHH dan Anfaco-Cecopesca iaitu badan koloboratif yang menawarkan khidmat nasihat dan teknikal kepada 220 syarikat pengeluar makanan laut sempena pameran makanan laut Eropah pada 27 sehingga 29 April lalu. 

“Anfaco-Cecopesca menyatakan persetujuan memberikan sokongan kepada pihak pengeluar dan pemproses makanan laut di negara ini untuk memenuhi piawaian, seterusnya membuka semula peluang pasaran ke negara kesatuan itu,” katanya. 

“PT yang bakal ditubuhkan sekurang-kurangnya pada tahun ini dirancang berpusat di universiti tempatan yang memiliki kemudahan Teknologi Biologi Perikanan dan Lautan yang diiktiraf seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa institusi pengajian tinggi awam lain,” katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment