Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Maulana militan Darul Islam



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang daripada lima lelaki yang mati ditembak dalam dua serbuan di Cawang dan Cikampek, Jawa Barat, Indonesia kelmarin pernah mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan militan Darul Islam (DI) di Tawau, Sabah.
Zakaria Samad atau nama lain Akhmad Said Maulana adalah anggota kumpulan Republik Persatuan Islam Indonesia (RPII) dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 di negara ini pada tahun 2003 hingga 2008 kerana kegiatannya dalam DI.
Dia yang berusia 34 tahun dan lebih dikenali dengan panggilan Maulana ditahan pada September 2003 ketika mahu memasuki Malaysia melalui Lahad Datu, Sabah.

No comments:

Post a Comment