Search This Blog

Monday, May 31, 2010

Masuk penjara dalam pantang



Posted on the May 31st, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
MELAKA: Akibat tindakannya tidak berfikir panjang apabila melesapkan wang majikannya, seorang ibu muda yang juga bekas juruwang sebuah pasar raya di negeri ini bukan saja terpaksa merengkok setahun di dalam penjara atas kesalahan itu, malah turut didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.
Apa yang lebih mengharukan wanita terbabit, Noorfazielayati Mohammad, 20, yang masih berpantang selepas melahirkan anaknya pada 10 Mei lalu di Hospital Melaka, terpaksa memelihara dan menyusukan anaknya itu di penjara.
Terdahulu, Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa serta turut memperingati tertuduh supaya benar-benar insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan.
Saya cuma ingin mengingatkan kesalahan ini adalah dipandang berat oleh undang-undang. Sebab itu ada hukuman penjara minimum setahun.
Awak mungkin ada alasan tersendiri ketika melakukan kesalahan itu. Namun setiap kesalahan mesti ada balasannya. Saya harap awak ambil iktibar dan pengajaran, katanya.
Mengikut pertuduhan, Noorfazielayati, dari Kampung Lapan, dituduh melakukan pecah amanah jenayah iaitu menggunakan untuk diri sendiri wang hasil jualan milik majikannya Parkson Corporation Sdn Bhd, berjumlah RM3,011.60.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 10 Jun 2009, antara jam 9.30 malam hingga 10 malam di Parkson, Mahkota Parade.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat.
Fakta kes menunjukkan, ketika kejadian, Ketua Juruwang Parkson Grand mengesan tertuduh keluar berehat pada jam 6 petang dan tidak masuk semula selepas itu.
Selepas gagal menghubunginya, pengadu kemudian mengarahkan seorang pekerja membuat pemeriksaan dan mendapati wang tunai RM3,011.60 dari peti simpanan kaunter hilang.

No comments:

Post a Comment