Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

'Mak hidup lagi, tak lama lagi dapat tengok adik'



Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my
2010/05/11

NAZRUL HAIKAL (kanan) menceritakan kejadian yang berlaku Jumaat lalu sambil ditemani bapa saudaranya, Ismail Norzaini, 16, ketika ditemui di HSI, Johor Bahru, semalam.
NAZRUL HAIKAL (kanan) menceritakan kejadian yang berlaku Jumaat lalu sambil ditemani bapa saudaranya, Ismail Norzaini, 16, ketika ditemui di HSI, Johor Bahru, semalam.
Anak mangsa kemalangan belum tahu keluarga terbunuh

JOHOR BAHRU: “Kami tidak tahu siapa yang akan menjaga Nazrul Haika, 6, selepas ibu bapanya mati dalam kemalangan jalan raya... nenek pula tidak bekerja,” kata Ismail Norzaini, 16, mengenang nasib anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan lima sekeluarga di Jalan Johor Bahru-Mersing, Jumaat lalu.
Nazrul Haika yang masih belum mengetahui kedua-dua ibu bapanya, Md Azahar Ali Seman dan Noraini Norzaini terkorban dalam kemalangan itu, menyangka keluarganya berada di sebuah hospital ‘jauh’ selepas ibunya selamat bersalin dan melahirkan anak perempuan.
“Kami belum mengetahui siapakah yang akan menjaga Nazrul Haikal kerana ibu saya yang juga nenek Nazrul, Rokiah Man tidak bekerja dan masih perlu menanggung dua lagi adik saya yang masih bersekolah di Alor Star,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, Jumaat lalu, lima beranak itu yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pertunangan saudara mereka di Kangkar Pulai dekat sini, terbunuh selepas kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 81.5, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara.

Md Azahar, 39, yang memandu kereta malang itu, kakaknya Zabidah, 49, dan cucu Zabidah, Puteri Alya Batisha Mohd Fadzly, setahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri Md Azahar, Noraini, 27, yang mengandung lapan bulan, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT), manakala anak Zabidah, Adriana Balqis Md Isa, 6, meninggal dunia jam 5 petang ketika dirawat di hospital sama. 
Janin dalam kandungan Noraini berusia lapan bulan yang cukup sifat juga mati dan terpaksa dikeluarkan dari perut ibunya manakala ibu Puteri, Nadatul Isma Isa, 24, pula patah tangan kanan, luka dahi serta kening.

Sementara itu, Nazrul Haika yang juga anak sulung kepada Md Azahar dan Noraini, ketika ditemui Berita Harian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam, berkata: “Mak hidup lagi... dia ada dekat hospital lain, takde kat sini, tak lama lagi Tan dapat tengok adik perempuan”.

Nazrul Haikal tampak gembira walaupun tidak boleh bergerak selepas patah kaki kanannya dan sempat bercerita mengenai kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment