Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Lima rompak kedai emas



GOPENG 13 Mei – Lima penjenayah bersenjatakan sepucuk pistol, dua tukul besi dan sebatang kayu melarikan beberapa dulang barang kemas bernilai RM100,000 dari Kedai Emas Seng Cheong di Jalan Yoke Keong di sini hari ini.
Rompakan berlaku pukul 9.45 pagi apabila empat lelaki bertopeng ski menyerbu masuk ke dalam kedai tersebut manakala seorang lagi menunggu dalam sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abd. Aziz Salleh berkata, ketika kejadian, pemilik kedai dan isterinya yang berusia lingkungan 50-an serta anak mereka berusia lingkungan 30-an berada di premis tersebut.
“Salah seorang daripada perompak itu kemudian menunjukkan pistol sambil mengarahkan mangsa supaya mendiamkan diri.
“Perompak terbabit mengambil masa tiga hingga empat minit untuk memecahkan cermin pameran dengan tukul besi sebelum melarikan barang kemas tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment