Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Lelaki mati tinggal nota untuk isteri




2010/05/0

KUALA TERENGGANU: Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri. 

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.
Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja. 

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun. 

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini. 

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran. 
Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.

No comments:

Post a Comment