Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Lelaki ditahan miliki bateri dalam kasut



KARACHI 10 Mei - Pihak berkuasa Pakistan menahan seorang jurutera di lapangan terbang Karachi setelah menemui bateri dan litar elektrik di dalam kasut lelaki terbabit ketika dia hendak menaiki pesawat untuk ke Asia Barat, kata pegawai.
Lelaki berusia 30 tahun itu memberitahu pegawai penyiasat, dia berasal daripada barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, iaitu sebuah kawasan yang mempunyai pengaruh kuat Taliban dan ekstremis Islam, dan sedang merantau ke Muscat dengan menaiki pesawat penerbangan Thai Airways.
Jurucakap Pengawal Keselamatan Lapangan Terbang, Mohammad Munir berkata, lelaki berjanggut tebal yang bernama Faiz Mohammad (gambar) itu ditahan apabila pengimbas keselamatan mengeluarkan bunyi amaran ancaman keselamatan.
Katanya, tiada sebarang bahan letupan pada badan suspek, namun penemuan litar elektrik itu dianggap mencurigakan.
"Dia dalam perjalanan menaiki pesawat TG 507 untuk ke Muscat. Setelah mesin pengimbas mengeluarkan bunyi amaran, kami memeriksanya secara manual.
"Setelah diperiksa, kami menemui 5 biji bateri dan litar elektrik yang turut mengandungi butang suis," katanya.
Lelaki itu ditahan seminggu selepas agen Amerika Syarikat (AS) menahan rakyat negara itu yang berasal dari Pakistan, Faisal Shahzad yang dituduh cuba meletupkan sebuah kereta di New York, ketika dia berada di dalam kapal terbang untuk ke Dubai. - AFP

No comments:

Post a Comment