Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Komander Baju Merah ditembak



Khattiya Sawasdipol ditembak di kepala di kubu Baju Merah di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 13 Mei – Seorang jeneral tentera Thailand yang berpaling tadah dan menyokong kumpulan Baju Merah cedera parah akibat ditembak di kepala, menurut seorang jururawat. Mejar Jeneral Khattiya Sawasdipol atau lebih dikenali sebagai Seh Daeng (Komander Merah) dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kata jururawat di Hospital Hua Chiew.
Laporan tentang kejadian tembak-menembak di kawasan demonstrasi kumpulan Baju Merah masih tidak jelas namun, beberapa letupan bahan api dapat didengar berhampiran kawasan berkenaan yang hendak ditutup oleh pihak berkuasa itu.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva menuduh jeneral terbabit sebagai cuba menghalang usaha kerajaan untuk menghentikan tunjuk perasaan anjuran gerakan pembangkang itu.
Sawasdipol tanpa berselindung menggalakkan kumpulan Baju Merah untuk menentang usaha damai yang dirancang Abhisit.
“Adalah penting untuk saya kekal berada di sini kerana kehadiran mereka semua adalah kerana Seh Daeng berada di sini,” katanya.
Beliau merupakan tentera yang pakar tentang keselamatan sebelum ini ditugaskan menjaga kawasan demonstrasi yang dipenuhi ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan.
Bagaimanapun, beliau digantung kerja dan dituduh sebagai pengganas oleh kerajaan Thailand yang mendakwanya terlibat dalam beberapa serangan bom sekali gus mengakibatkan kecederaan kepada ratusan orang.
Terdahulu, tentera Thailand memberi amaran akan mengepung markas penunjuk perasaan di ibu negara ini dengan kereta perisai bagi memperhebatkan tekanan ke atas aktivis Baju Merah yang terus enggan bersurai, sementara Abhisit menarik balik tawaran untuk mengadakan pilihan raya awal.
Harapan semakin tipis untuk menamatkan segera krisis selama dua bulan yang telah mencetuskan beberapa insiden keganasan yang membawa maut dan melumpuhkan sebahagian ibu negara.
“Saya membatalkan tarikh pilihan raya... kerana penunjuk perasaan enggan bersurai. Saya mengarahkan pegawai keselamatan untuk memulihkan keadaan dengan secepat mungkin,” kata Abhisit.
Jurucakap tentera berkata, pasukan keselamatan akan mengepung lokasi protes di tengah Bangkok dengan kenderaan berperisai mulai 6 petang ini (7 petang waktu Malaysia) bagi menghalang aktivis Baju Merah daripada meninggalkan kawasan itu. – AFP/AP

No comments:

Post a Comment