Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Kelindan maut dalam nahas



REMBAU - Seorang kelindan lori maut selepas lori yang dinaiki merempuh belakang lori kontena di kilometer 232 Lebuhraya Utara- Selatan, arah utara, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa Kamarudin Tumin, 25, dari Kota Tinggi, Johor parah di muka dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu lori terbabit turut mengalami kecederaan, dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk menerima rawatan.

Pemandu kontena, J Kumar, 43, berkata, semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Ipoh, Perak untuk menghantar barang. 

"Saya terdengar bunyi hentakan kuat dan ini menyebabkan saya memberhentikan lori untuk melihat apa yang berlaku sesuatu.

"Saya terkejut apabila melihat sebuah lori telah melanggar bahagian belakang lori. Dipercaya pemandu lori itu hendak mengelak kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan menyebabkan pelanggaran," katanya.

No comments:

Post a Comment