Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Jurulatih penyelam lemas

MERSING: Dia sepatutnya mengendalikan sesi menyelam di perairan Pulau Aur bersama 11 lagi anggota kumpulannya, tetapi hasrat jurulatih penyelam warga emas itu tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Kho Soo Seng, 68, bersama rakan lain mengadakan penyelaman kira-kira 10 meter sebelum dipercayai mengalami masalah jantung menyebabkannya sesak nafas dan maut.
Mangsa bersama rombongan dari Singapura tiba Jumaat lalu sebelum mengadakan sesi menyelam keesokannya.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk dibedah siasat.

Menurutnya, mangsa yang menaiki sebuah bot dari negara jiran tiba di Pulau Aur Jumaat lalu bersama 11 rakan.

Katanya, mangsa dipercayai jurulatih penyelam dari negara berkenaan berehat sejurus tiba sebelum mengadakan penyelaman di dasar laut pada pagi Sabtu lalu. “Sebaik melakukan penyelaman, mangsa dipercayai diserang sakit jantung sebelum maut di dasar laut berkenaan,” katanya.

“Berikutan kejadian itu, seorang daripada rakan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Sabtu lalu,” katanya.

Mohd Nor berkata, mayat mangsa dituntut keluarga dan dibawa pulang ke Singapura sebaik bedah siasat selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Mersing.

No comments:

Post a Comment