Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Ibrahim


Tak mandi junub kerana 'darurat'

KUALA LUMPUR 10 Mei - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika disoal balas oleh peguam Karpal Singh menyatakan bahawa dia tidak mandi junub selama dua hari kerana 'dalam keadaan darurat' selepas diliwat oleh Ketua Pembangkang itu pada 26 Jun 2008.
Menurutnya, dalam tempoh dua hari tersebut, dia juga pergi menunaikan solat Jumaat pada 27 Jun 2008 walaupun mengetahui sembahyangnya tidak sah kerana belum mandi junub.
Karpal Singh (KS): Saya cadangkan Saiful seorang yang tidak faham Islam?
Mohd. Saiful Bukhari (MSB): Pada tempoh tersebut, saya tidak ikut ajaran yang betul. Saya dalam keadaan darurat.
Jawapannya itu bagaimanapun mengundang deraian ketawa daripada orang ramai di galeri awam yang hadir mendengar kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Mahkamah Tinggi di sini.
Perbicaraan masuk hari kesembilan hari ini.
Sekalipun saksi itu ingin menyambung keterangannya dengan menyatakan 'kerana kalau saya mandi...', Karpal dengan pantas memintas dan berkata ia tidak perlu dan cukup sekadar '...dalam keadaan darurat'.
KS: Pada 28 haribulan, ada mandi wajib?
MSB: Tidak.
KS: Kali kedua tidak ikut ajaran Islam?
MSB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
MSB: Ya.
Terdahulu, saksi utama pihak pendakwa itu menyatakan dia sembahyang lima kali sehari setiap hari tetapi dulu, dia ada tertinggal untuk mengerjakan suruhan agama itu.
KS: Dalam 26 Jun 2008 ada tertinggal (sembahyang)?
MSB: Semasa bekerja dengan Datuk Seri Anwar saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
MSB: Selepas saya buat laporan saya kembali insaf.
KS: Pada 26 hingga 28 haribulan, ada sembahyang seperti biasa?
MSB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: Diwajibkan sembahyang kepada orang Islam?
MSB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat, 26 haribulan tidak sembahyang.
KS: 27 haribulan ada, 26 tiada sembahyang?
MSB: 26 tidak sembahyang.
KS: Kenapa?
MSB: Mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: 27 haribulan tidak sembahyang?
MSB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi sebelum sembahyang?
MSB: Ada mandi tapi saya tidak cuci habis, saya cuci sikit sahaja, saya tidak cuci bahagian dubur.
KS: Cuci badan sepenuhnya, bukan sebahagian sahaja, kalau nak sembahyang?
MSB: Ya.
KS: Mandi junub bukankah diwajibkan?
MSB: Ya, wajib.
KS: Pada 27 haribulan, tidak sah sembahyang?
MSB: Ya, tidak sah.
KS: Jadi awak bukan seorang Islam yang baik?
Tiba di peringkat ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pendakwaan mencelah dengan menyatakan bahawa ia merupakan pandangan peguam bela.
Walaupun Karpal menyatakan beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menegaskan bahawa pihak pendakwaan juga boleh menyerang perwatakan Anwar.
KS: Okey, mereka boleh berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment