Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

IAEA mungkin siasat senjata nuklear Israel



VIENNA 8 Mei - Aktiviti nuklear rahsia Israel mungkin akan menjalani penelitian bulan depan, dengan satu mesyuarat penting Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang akan memberi tumpuan kepada topik tersebut buat kali pertama, menurut dokumen yang diperolehi The Associated Press, semalam.
Satu salinan agenda sulit sementara tentang mesyuarat IAEA 7 Jun ini menyenaraikan 'keupayaan nuklear Israel' sebagai perkara kelapannya, kali pertama menyaksikan badan pembuat keputusan agensi itu diminta mengendalikan isu tersebut sejak 52 tahun penubuhannya.
Agenda itu masih boleh diubah sebulan sebelum mesyuarat tersebut dan seorang diplomat kanan dari lembaga negara anggota berkata, perkara berkenaan yang disenaraikan atas permintaan Arab, boleh digugurkan dari senarai jika Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Israel mengemukakan bantahan kuat.
Walaupun jika digugurkan dari agenda akhir, penyenaraian isu itu dalam draf pada 7 Mei itu jelas menggambarkan kejayaan negara-negara Islam dalam kebimbangan mereka berhubung kewujudan senjata nuklear Israel yang tidak diakui negara Yahudi itu.
Lembaga 35 negara IAEA merupakan badan pembuat keputusan agensi tersebut dan ia boleh merujuk aktiviti nuklear Israel itu yang dibimbangi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang pernah dilakukan terhadap Iran pada 2006 selepas Teheran menyambung semula aktiviti pengayaan uraniumnya, satu haluan berpotensi ke arah penghasilan senjata nuklear. - AP

No comments:

Post a Comment