Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Hospital pilih kasih, tipu ambil pekerja

MADINAH: Jabatan Hal Ehwal Kesihatan wilayah ini melancarkan siasatan terhadap dakwaan pilih kasih dan penipuan dalam perlantikan beberapa anggota Hospital Raja Fahd.
Akhbar Al-Madinah semalam melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Bukan Perubatan dituduh melantik anak saudaranya mengisi jawatan kosong di hospital berkenaan.
Terdapat dakwaan lain menyatakan seorang lagi Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Hal Ehwal Pentadbiran melakukan penipuan untuk membolehkan anak dan dua anak saudaranya memperloleh pekerjaan di hospital sama.

Akhbar itu juga mendedahkan, terdapat empat kakitangan wanita hospital terbabit sebenarnya diambil bekerja oleh sebuah syarikat untuk bekerja di sebuah hospital bersalin di Madinah.

Kakitangan berkenaan yang sudah bekerja di hospital Raja Fahd sejak tujuh tahun lalu berkata, mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya diambil untuk bekerja di hospital lain.

Jamal Hakeem dari Jabatan Hal Ehwal Kesihatan Madinah mengesahkan pihaknya menyiasat dakwaan penipuan dalam perlantikan kakitangan hospital itu.

“Penyiasat diserahkan surat daripada Pengawah Kesihatan Madinah, Dr Khaled Yasin, mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap isu itu.

“Laporan lengkap mengenainya akan diserahkan kepada beliau sebaik siasatan selesai,” kata Jamal. — Agensi

No comments:

Post a Comment