Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Gempa bumi gegar Bengkulu

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar Bengkulu, Pulau Sumatera pada 11.30 malam tadi namun ia tidak mendatangkan ancaman Tsunami.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.

Petugas Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan di Bengkulu menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak malam tadi.

Kesemua 60 pelajar Malaysia di Padang, yang terletak di utara Bengkulu dilaporkan selamat, malah ada antara mereka yang tidak menyedari kejadian itu kerana kebanyakan sedang nyenyak tidur ketika itu.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Paduka Dr Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Padang dan memantau keadaan di sana terutama bagi menghadapi kemungkinan berlaku gempa susulan. - Bernama

No comments:

Post a Comment