Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Empat penyamun larikan barang kemas setengah juta Ringgit



06/05/2010 7:20pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melarikan lima dulang barang kemas yang dianggar bernilai RM500,000 dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di tingkat satu sebuah pusat beli-belah di Jinjang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila empat lelaki itu memasuki kedai berkenaan dan berlagak seperti pelanggan, bertanyakan mengenai barang kemas yang dipamerkan di dalam kedai itu.
Beliau berkata, seorang daripada suspek kemudian bertindak mengacukan pistol ke arah seorang daripada empat pekerja kedai emas itu, dan mengarahkan pekerja kedai itu memasukkan barang kemas ke dalam beg plastik yang dibawa sebelum melarikan diri.
"Kesemua suspek yang berusia lewat 30-an itu mengambil masa lima minit untuk melarikan barang kemas tersebut tanpa menimbulkan syak wasangka pengunjung di pusat beli-belah berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini. – Bernama

No comments:

Post a Comment