Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Dua maut nahas 4 kenderaan

KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk seorang pejalan kaki warga emas maut selepas terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Genting Klang, malam tadi.
Seorang daripada dua mangsa berkenaan yang menunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan apabila separuh wajahnya hancur akibat digilis dan tersembam di bawah sebuah van.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux gagal dikawal pemandunya dan merempuh seorang pejalan kaki dikenali Kok Fook Loong, 60, sebelum merempuh sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 30-an menyebabkan kedua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, lima kenderaan terbabit kejadian itu apabila Toyota Hilux yang gagal di kawal itu turut melanggar sebuah Perodua Myvi, van dan Mitsubishi Lancer yang berada berhampirannya sebelum merempuh tiang elektrik.

Berikutan itu, keadaan trafik sesak teruk kira-kira satu kilometer hampir satu jam.

Identiti penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun gagal dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

Ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba di lokasi sejurus kejadian kemudian membawa mayat kedua mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemandu kenderaan yang terbabit insiden berkenaan diminta membuat laporan di Balai Trafik Jalan Bandar.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu proses siasatan.

No comments:

Post a Comment