Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Buat kajian sektor berisiko berlaku rasuah



KUALA LUMPUR 5 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuat kajian dan risikan di sektor-sektor tertentu yang berpotensi berlakunya rasuah bagi membolehkan hasil siasatan itu digunakan untuk rujukan.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, kejadian tersebut antara lain diyakini boleh membantu suruhanjaya itu untuk mengenal pasti punca rasuah termasuk dalam situasi memberi dan menerima rasuah.
"Kuasa SPRM tertakluk kepada siasatan, dalam mana-mana organisasi sekalipun, kita perlu melakukan kajian dan penyelidikan untuk memantapkan organisasi itu.
"Kajian itu penting bagi mengenal pasti kelemahan yang wujud yang memberi ruang untuk berlakunya rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu mengenai prestasi SPRM bagi suku pertama tahun ini di Akademi SPRM di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hadenan berkata, dengan kajian itu, SPRM tidak akan berdepan dengan sebarang kesukaran dalam mencari pelaku rasuah dan mencari saksi.
Beliau memberitahu, sekiranya SPRM bersiap sedia terlebih dahulu mengkaji sesuatu sektor yang berkemungkinan berlakunya rasuah, pada masa depan, suruhanjaya itu tidak akan menghadapi masalah dalam melakukan siasatan.
"Maka saya rasa, sudah tiba masanya untuk SPRM mengorak satu lagi langkah ke hadapan untuk memantapkan lagi suruhanjaya itu melalui penyelidikan," jelasnya.
Sementara itu, Hadenan berkata, empat bulan pertama tahun ini, SPRM menerima sebanyak 4,415 laporan.
Seperti biasa, katanya, 50 peratus daripada laporan yang diterima itu tidak mempunyai unsur rasuah.

No comments:

Post a Comment