Search This Blog

Monday, May 31, 2010

Berwaspada beli kereta import terpakai - Nadzri




KUALA LUMPUR - Rakyat tempatan yang berhasrat membeli kenderaan import terpakai dinasihat supaya lebih berhati-hati kerana terdapat laporan kes pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata, JPJ mengesan dua kereta dengan nombor pendaftaran yang sama apabila pemilik kenderaan itu masing-masing mengalami kesukaran untuk membaharui cukai jalan dan menuntut insurans.

Beliau berkata, ia melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang pemiliknya bermastautin di Kuala Lumpur manakala kereta import terpakai yang mempunyai nombor pendaftaran yang sama berada di Pahang. 

"Kami akan panjangkan perkara ini kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana ia melibatkan kereta import dan bagi memastikan kereta ini tidak terlibat dengan kes seludup," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Nadzri turut meminta agar pembeli kenderaan import terpakai tidak mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan, sebaliknya melaporkan kepada JPJ jika merasa sangsi dengan tawaran itu atau membuat semakan sendiri.

No comments:

Post a Comment