Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Beban hutang 10 tahun



JOHOR BAHRU - Nasib malang buat penjual jualan langsung Wong Pau Lin, 40, apabila dua lot tanah bangunan bernilai RM350,000 yang dibelinya lima tahun lalu, tiada kesahihan pemilikannya.

Pau Lin, yang membeli dua lot tanah bangunan tersebut hasil cadangan rakannya yang juga pemaju bangunan itu pada 2005, kini menanggung beban kewangan bank apabila status pemilikan yang dibelinya masih samar.

"Saya membeli sebab rakan saya yang juga pemilik saham bangunan terbabit mendakwa bangunan ini akan bawa untung bila ia beroperasi, saya nak tolong kawan itu sebab beli sebagai pelaburan,” katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor.

Apa yang dikesali Pau Lin, setelah hampir lima tahun dibiarkan, beliau kini terbeban dengan tanggungan hutang sebanyak RM2,130 selama 10 tahun.

Song Cheng pula memberi jaminan akan membawa permasalahan terbabit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

No comments:

Post a Comment