Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Bayar RM170 buat apa saja

JOHOR BAHRU: Sekumpulan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) di bandar raya ini mungkin berniat baik apabila mahu meraikan rakan dari Batu Pahat, namun apabila mereka pergi ke ‘kafe berahi’ di Ulu Tiram di sini untuk menjamu mata dan memuaskan nafsu rakan, itu bukanlah perbuatan terpuji.
Sebuah kafe di Taman Gaya, Ulu Tiram mendapat jolokan kafe berahi apabila dikatakan menawarkan khidmat penghibur wanita asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Dengan hanya RM170, pelanggan dikatakan bebas untuk berbuat apa saja termasuk melakukan seks di dalam premis berkenaan.

Tarikan wanita Filipina, Thailand dan Indonesia yang menjadi penyedap di kafe berkenaan menarik sekumpulan penuntut IPTA di bandar raya ini membawa rakan mereka dari sebuah IPT di Batu Pahat untuk berseronok dan menikmati servis ‘tambahan’ disediakan di sana.

Mujurlah, belum sempat kumpulan tujuh pelajar itu tenggelam dengan dosa dalam kafe berkenaan, sepasukan polis Bukit Aman membabitkan tiga pegawai dan lapan anggota melakukan serbuan dan menahan mereka bersama pengunjung lain, pekerja dan 46 GRO asing.

Menurut sumber, kafe berkenaan beroperasi sejak tiga tahun lalu dan memulakan perniagaan dari jam 6 petang hingga 2 pagi setiap hari.

Difahamkan, wanita yang ditawarkan menggunakan sistem nombor di mana pelanggan hanya perlu menyebut nombor mewakili nama wanita untuk mendapatkan layanannya.

Kata sumber itu, sebaik menerima maklumat orang ramai, sepasukan polis dari Cawangan Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan intipan, sebelum menyerbu pada jam 1.05 pagi hingga kira-kira jam 1.40 pagi.

“Hasil serbuan, kami menahan 46 wanita warga asing dari Filipina, Thailand dan Indonesia berusia 20 hingga 26 tahun yang bekerja di premis berkenaan sebagai GRO.

“Siasatan awal mendapati, semua wanita berkenaan mempunyai pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini namun tidak mempunyai permit kerja.

“Selain itu, kami menahan tujuh penuntut IPTA di daerah ini dan Batu Pahat dan lapan pelanggan lain,” katanya.

Menurutnya, polis turut menahan empat pekerja lelaki warga asing tanpa permit dan dua pekerja tempatan bagi membantu siasatan.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment