Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Batal kekebalan di Parlimen



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya kekebalan Ahli Parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain. 

Beliau yang juga pengerusi NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi cadangan tersebut selepas dituduh oleh Ahli Parlimen pembangkang, Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang bahawa beliau memiliki saham dalam syarikat judi. 

”Saya cadangkan di Parlimen tak boleh ada ada imuniti secara total, Parlimen perlu mengubah udang-undang di mana kekebalan ahli perlu dikaji balik,” 

”Oleh kerana Ahli Parlimen mempunyai imuniti, ini menyebabkan mereka tidak boleh disaman di mahkamah, maka kita hanya boleh membetulkan tuduhan tersebut dengan merujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.,” katanya dalam sidang media di ibu negara semalam, sempena kongres ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baru (MEB) di PWTC pada 29 Mei ini. 

Menurutnya, dengan ketiadaan imuniti ia adalah sebagai usaha untuk membolehkan Ahli Parlimen agar lebih bertanggungjawab dengan dakwaan yang dilemparkan. 

Sementara itu, beliau telah menghantar surat peguam kepada Saifuddin baru-baru ini, menuntut supaya menarik balik tuduhan yang dibuat dalam parlimen tersebut atau bakal menghadapi tindakan saman di mahkamah. 

Ibrahim memberi tempoh kepada Saifuddin selama tujuh hari untuk menarik kenyataan tersebut dari tarikh surat tersebut walaupun Saifuddin telah menjelaskan dakwaannya itu dalam keluaran Suara Keadilan terbaru. 

Dalam perkembangan sama, Ibrahim mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mengenai larangan berpolitik di masjid sebagai satu tindakan yang betul. 

“Saya setuju dengan larangan tuanku kerana zaman sekarang tak boleh di sama dengan zaman Rasulullah SAW kerana zaman itu tiada parti politik, bukan seperti sekarang, 

“Sebagai rakyat Kelantan, saya sendiri lihat dengan mata saya sendiri perpecahan umat Islam di masjid di Kelantan kerana perbezaan parti politik,” ka:tanya.

No comments:

Post a Comment