Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Anggota polis maut motor terbabas

PUCHONG: Ajal ketika bertugas, itulah tragedi yang meragut nyawa seorang anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong, apabila motosikal ditungganginya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 24.4 Lebuh raya Damansara Puchong, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa, Konstabel Kirthan Subramaniam, 24, berasal dari Klang mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mangsa yang baru setahun berkhidmat itu dalam perjalanan pulang ke balai polis di sini.

“Mangsa yang cedera parah di kepala, adalah anggota Pasukan Cegah Jenayah (PCJ) yang dedikasi.

“Sehubungan ini saya dan seluruh warga balai polis mengucapkan takziah kepada keluarganya,” katanya.

No comments:

Post a Comment