Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Ambil tindakan tegas terhadap Kafir Bangga



KUALA LUMPUR 5 Mei - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap seorang pengguna laman sosial facebook yang menggunakan nama samaran 'Kafir Bangga' atas perbuatannya menghina Islam dan mencerca Nabi Muhammad SAW.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, langkah itu perlu segera diambil kerana perbuatan terkutuk tersebut merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam di negara ini.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu menggunakan segala kemahiran, jaringan serta teknologi untuk mengesan Kafir Bangga dan kemudian mengheretnya ke muka pengadilan.
"Kesalahannya ini tidak boleh dimaafkan begitu sahaja. Jika pemilik ini berada di luar negara kerajaan harus menggunakan khidmat interpol untuk mengesan kedudukannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan perbuatan menghina Islam dan Rasulullah oleh seorang pengguna laman sosial facebook. Di percayai pemilik laman sosial tersebut baru sahaja mengaktifkan akaunnya dan ia ditulis dalam bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment