Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Afrika Selatan lumpuh, pekerja mogok



JOHANNESBURG 10 Mei - Beribu-ribu pekerja pengangkutan di Afrika Selatan melancarkan mogok hari ini di logistik kumpulan Transnet dengan mengancam melumpuhkan perkhidmatan kereta api, talian paip dan operasi pelabuhan di negara ekonomi terbesar benua Afrika ini selepas gagal dalam rundingan tuntutan kenaikan gaji.
Mogok awam terbaru ini berlaku menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia bulan depan, yang dijangka menarik beratus-ratus pelancong asing dan mungkin akan melumpuhkan eksport arang batu, besi dan biji timah, pengagihan minyak serta mengganggu aktiviti perkapalan.
Menurut syarikat tenaga Eskom, mogok itu tidak menjejaskan penghantaran arang batu ke loji tenaganya kerana penghantaran arang batu menggunakan kereta api hanya melibatkan bilangan kecil dengan selebihnya menggunakan tali sawat terus dari lombong.
Kesatuan pekerja bagaimanapun, telah bersetuju tidak mengganggu pengangkutan komuter.
"Mogok bermula pukul 6 pagi hari ini. Kami menjangkakan 100 peratus daripada anggota kumpulan kami akan keluar menyertainya, iaitu kira-kira 20,000 orang," kata pegawai South African Transport and Allied Workers Union (Satawu), Jane Barret.
Menurut Transnet, mereka mempunyai rancangan luar jangka untuk mengurangkan beberapa gangguan.
Dua kesatuan yang mewakili pekerja dalam sektor itu mahukan kenaikan gaji 15 peratus. - Reuters

No comments:

Post a Comment