Search This Blog

Friday, May 14, 2010

729 kotak keretek dirampas

PUCHONG: Tiga lelaki yang sedang leka memunggah puluhan kotak keretek bernilai lebih RM500,000 di sebuah premis di Taman Bukit Puchong, di sini tersentak apabila premis itu diserbu polis, petang kelmarin.
Serbuan kira-kira jam jam 5.05 petang itu dilakukan hasil intipan mendapati tiga lelaki berusia 40-an sedang leka memunggah kretek dari sebuah lori lima tan dipercayai baru tiba dari sebuah negeri di pantai timur. Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar pada sidang media di Balai Polis Bukit Puchong berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 729 kotak keretek.

No comments:

Post a Comment