Search This Blog

Friday, May 14, 2010

7 ditahan lepas gian

AMPANG JAYA: Tujuh individu termasuk dua wanita diberkas polis di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Pandan Indah di sini, dipercayai sedang melepas gian, malam kelmarin.
Malah, sebaik rumah mereka diserbu, semua mereka tidak sempat berbuat apa-apa sebaliknya menyerah diri.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ampang Jaya, Deputi Superintendan Nordin Mahmud, berkata serbuan berkenaan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis.

Katanya, hasil pemeriksaan, dua dadah jenis heroin dan syabu ditemui pada beg pinggang dua daripada tujuh individu yang diberkas itu.

Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menolak kemungkinan semua yang ditahan penagih dadah.

Semua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 30 tahun dan dipercayai warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri mereka.

Nordin berkata, dua lelaki yang memiliki dadah terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

No comments:

Post a Comment