Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

2 lelaki dibelasah mat rempit




2010/05/06

CHUA (dua dari kanan) menandatangani borang laporan polis bersama rakannya di Kuala Terengganu, semalam.
CHUA (dua dari kanan) menandatangani borang laporan polis bersama rakannya di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Akibat terlanggar samseng jalanan yang sedang beraksi, dua lelaki terpaksa melalui pengalaman perit apabila dibelasah sekumpulan penunggang motosikal di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, mangsa Chua Choon Kit, 21, bersama rakannya sedang memandu sebuah pikap menuju ke Bulatan Ladang dari Dataran Syahbandar.
Bagaimanapun, ketika sampai di hadapan sebuah hotel di jalan itu, seorang penunggang motosikal membelok ke lorong kanan secara tiba-tiba menyebabkannya dia dilanggar di belakang.
Takut melihatkan lebih 30 penunggang motosikal yang mengerumuni tempat kejadian dan mula bertindak agresif, mangsa dikatakan memecut kenderaan untuk membuat laporan di balai polis. 

Berang dengan tindakan mangsa yang dikatakan mahu melarikan diri, kumpulan penunggang motosikal berkenaan bertindak mengejar dan mengepung kenderaan mangsa tidak jauh dari situ sebelum memukul beramai-ramai. 

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Muhammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dilaksanakan. 

Katanya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, muka serta luka di badan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan. 
Mohd Faudzi berkata, mangsa kehilangan kad pengenalan selepas dirampas kumpulan samseng jalanan terbabit ketika dibelasah sudah membuat laporan mengenai kejadian itu.

No comments:

Post a Comment