Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

2 lagi remaja ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi remaja yang terbabit dalam kejadian cubaan samun sebuah pusat internet 24 jam di Jalan Genting Klang di sini oleh lapan remaja awal pagi semalam, menjadikan semuanya tiga remaja sudah ditahan berhubung kes itu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mat berkata kedua-dua mereka yang berumur 17 tahun itu ditahan petang dan awal pagi ini selepas mereka menyerah diri kepada polis.

Beliau berkata remaja pertama menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas tamat waktu persekolahannya.

"Remaja kedua pula ditahan di rumah keluarganya di Keramat kira-kira 1 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena Hari Polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Katanya siasatan lanjut mendapati remaja pertama bertindak sebagai penyamun dan penunggang motosikal dalam kejadian semalam manakala suspek kedua adalah pemandu kereta yang berada di luar premis berkenaan, dan kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen memandu. - Bernama

No comments:

Post a Comment