Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

1,441 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara

KUALA LUMPUR 6 Mei – Sehingga semalam, terdapat 1,441 orang rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara, yang melibatkan 59 buah negara, atas pelbagai kesalahan, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong.
"Pecahan mengikut jenis kesalahan atas kesalahan dadah 733 orang, kes dokumen palsu dan kad kredit (243), masalah imigrasi (72) dan perdagangan manusia (40).
"Jenayah perdagangan pula 93 orang, mencuri (74), membunuh (17), penipuan (47) dan kesalahan-kesalahan lain (122),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed yang mahu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang dituduh terhadap rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.
Chee Leong juga berkata, terdapat 98 orang rakyat negara ini yang ditahan di luar negara dan masih menunggu tarikh perbicaraan. – Bernama

No comments:

Post a Comment